Saturday, August 3, 2013

Kes Pecah Rumah Meningkat - KRT SS4A Tingkatkan Rondaan ( SinarHarian 31Julai2013)

Kes Pecah Rumah Meningkat - KRT SS4A Tingkatkan Rondaan ( SinarHarian 31Julai2013)
Kenyataan Timbala Pengerusi KRT SS4A Tuan Kamialin Yahya

Wednesday, July 31, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri - KRT SS4A

Selamat Menyambut Hari Raya dari Pengerusi KRT Dato'Khaidir, Timbalan Pengerusi Tuan Kamialin, AJK KRT SS4A kepada warga SS4A khusunya dan warga Kelana Jaya amnya
boleh hubungi Balai Polis Kelana Jaya 03-78062 222 @
Pengerusi KRT SS4A 013-341 2785 ( Dato' Khaidir Buyung ) @
Timbalan Pengerusi 016-273 0081 (Tuan Kamialin Yahya )
..
Sedikit amalan pelindung kepada para muslim yang bercuti di hari raya

Monday, July 15, 2013

Rancangan Rumah Tokong Di Tolak - Liputan Sinar Harian 12 Julai 2013

Kemaskini 24 Julai 2013
Alhamdulilah mendapat maklumat dri Tuan Hj Johary Pejabat Ahli Majlis SS6 - bahawa Kebenaran Merancang Rumah Tokong di SS4B/10 Telah di Tolak.
Terimakasih di atas sokongan semua pihak yang menbantah terimakasih MBPJ yang benar-benar telah menjaga kepentingan rakyat selaras dengan kepimpinan kerajaan rakyat.
-

Pimpinan masyarakat mewakili 370 penduduk muslim dan pelbagai bangsa dan agama di SS4 membantah cadangan Tetuan Rumah Ibadah Pu Choong untuk membina Rumah Ibadah d kawasan keliling & majoriti masyarakat Islam..- Sinar Harian 12 Julai 2013

Tuesday, July 9, 2013

Bantahan Penduduk SS4 di atas cadangan pembinaan sebuah Rumah Ibadah dimiliki oleh Tatuan Pu Choong di SS4B






 
Hari ini bersamaan 30 Syaaban 1434 / 9 Julai 2013 mewakili 370 penduduk muslim dan pelbagai kaum di SS4A, SS4B dan SS4C  penduduk telah membuat bantahan rasmi kepada MBPJ di atas
cadangan membina sebuah Rumah Ibadah 3 tingkat   milik Tetuan Persatuan Agama Pu Choong di Jalan SS 4B/10 , SS4  ( Lot 54391 )
Bantahan dibuat oleh Pengerusi Surau SS4B mewakili 200 tandatangan penduduk ss4b Tuan Hj Suhaimi Osman, Pengerusi Rukun Tetangga SS4A mewakili 40 orang ahli Dato Hj Khidir Buyong, Tuan Hj Muhamad bin Husin mewakili Masjid Al-Ehsan dengan bantahan dari penduduk SS4A 139 orang dan En Ahmad Nazarudin jiran terdekat sebelah cadangan tapak pembinaan semua menyuarakan BANTAHAN TIDAK BERSETUJU DI ATAS CADANGAN MBPJ UNTUK MEMBINA SEBUAH RUMAH IBADAH MILIK TETUAN PU CHOONG.
 
Rata-rata bantahan tidak bersetuju kerana majoriti penduduk di sekitar samada di sebelah kanan (SS4B) , sebelah kiri (SS4A) dan di hadapan (SS4C ) adalah penduduk muslim dan pelbagai kaum.
 

Suara Bantahan Penduduk dan Pimpinan Penduduk SS4A dan SS4B

Link facebook KRT SS4A bantahan dari seluruh penduduk SS4A dan SS4B diwakil oleh Tuan Hj Suhaimi Pengerusi Surau SS4B , Dato' Hj Khaidir Buyong Pengerusi KRT SS4A dan Tuan Hj Muhamad Husin wakil Masjid Al-Ehsan SS4A - https://www.facebook.com/photo.php?v=4370816809114&set=vb.127955500719544&type=2&theater
 
 
Link  facebook bantahan pengerusi badan bertindak ss4 yg juga Timbalan Pengerusi KRT SS4A - https://www.facebook.com/photo.php?v=4371363382778
 
 
Link facebook bantahan jiran sebelah tapak ss4b En Ahmad Nazarudin - https://www.facebook.com/photo.php?v=4370884970818&set=vb.127955500719544&type=2&theater
 
 
 

Surat-surat Bantahan Penduduk SS4 terhadap cadangan sebuah tapak Persatuan Agama Pu Choong di SS4 kepada MBPJ


Berikut surat bantahan dari Rukun Tetangga SS4A berserta 40 tandatangan penduduk SS4A dan SS4B

Surat Bantahan dari Surau/Madarasah Persaudaran Islam SS4B beserta tandatangan bantahan 200 orang penduduk Islam SS4B
Surat Bantahan dari Masjid Al-Ehsan SS4A bersama tandatangan bantahan 140 orang penduduk SS4A
Surat Bantahan penduduk Jiran terdekat sebelah tapak SS4B En Ahmad Nazarudin dan En Ramjit Singh menurut En Nazarudin bersama bantahan beliau ialah lebih dari 20 tandatangan penduduk di sekitar berhampiran SS4B
Surat Bantahan penduduk Jiran terdekat sebelah tapak SS4A Dato Hj Ahmad Mahir
 

Friday, March 8, 2013

Rondaan SRS - KRT Ss4A , dayv 3


Rondaan SRS d terukan d Ss4A bersams anak-anak muda kampung sehinggs jam 3 pagi sempena cuti esok..

Thursday, March 7, 2013

Edaran Penduduk SS4A - Edisi Feb'2013


Pelancaran SRS KRTSS4A 4 Mac 2013





Majlis Pelancaran Rondaan SRS ( Skim Rondaan Sukarela) KRT SS4A disertai oleh 20 penduduk yang telah berdaftar dan menerima 6 permohon baru..majlis dirasmikan oleh Tuan Azri Mohd Arish Ahli Majlis MBPJ dan turut dihadiri 2 wakil dari Balai Polis Kelana Jaya..

Dalam alu-aluan dari Pengerusi KRT Dato Hj Khaidir merasa bersyukur kpd yang hadir dan menyeru kita kena teruskan dulu dengan segala kekurangan yang ada..sebagai tanda komitment berterusan kepada keselamatan dan kesejahtraan penduduk di SS4A.

Majlis pelancaran di adakan di Loby Rumah Pengerusi KRT SS4A ,Dato Hj Khaidir Buyong yang beliau juga sudi menginfakkan lokasi luar rumahnya sebagai BASE SRS SS4A sementara menantikan tempat yang tetap.

Menurut Pengerus Biro Keselamatan yang juga Timbalan Pengerusi KRT SS4A Tuan Kamialin Yahya  sebanyak 27 peserta berdaftar telah diberi kad kuasa sementara dan Alhamdulilah malam ini menerima lagi permohonan baru untuk menyertai SRS.

Dalam ucapan perasmian Tuan Azri memaklumkan agar KRT untuk segera memohon sokongan dari MBPJ yang memang memperuntukkan pelbagai iniasiatif berupa kemudahan dan bantuan kewangan dengan matlamat untuk memastikan kesejahtraan rakyat dan penduduk di bawah jagaan MBPJ.