Dari Kiri berdiri Hj Abdul Rahman (Setiausaha), En Abu Bakar Mohd Amin, Dato Hj Khaidir Buyong, En Sundra Ghandi, En Ng Kok Kian (Bendahari), En Mustafa Kamal Kidam (Pen SU), En Antony, Pn Rajes, Cikgu Maznah, Ustazh Yam dan Puan Eshah
Dari Kiri duduk Ustaz Hj Ahmad Abd Aziz, En Mustapa Kamal Mohd Razali ( Pengerusi), En Zey Iskandar, Tn Hj Kamaruddin Suhaimi (Ahli Majlis MBPJ) , En Shaik Zaiful(JPNIN) , En Sunderas (Ketua Balai KLJ) dan En Kamailin Yahya ( Timbalan Pengerusi)
( tiada dalam gambar En. Mogawaraj,En Mizalan, Hj Omar & Hj Md Nor Zakaria)










Program yang di pengerusikan oleh Dato Hj Khaidir Buyong dimulakan dengan doa oleh Ustaz Hj Rahmat Imam Masjid Al-Ehsan yang dihadiri kira-kira 110 warga SS4A . Seterusnya sebagai alu-aluan Pengerusi KRT SS4A menyampaikan amanatnya dengan disudahi antaranya beberap rangkap pantun :-
"Jikalau Puan Mengangkat Peti, Tolong Masukkan Kedalam Barang,
Jikalau Tuan Bersatu Hati, Kerja Yang Susah Menjadi Senang"
Tuan Hj Kamaruddin Suhaimi yang mewakili Puan Cynthia Gaberial menyeru warga SS4A sekiranya ada masalah juga boleh berhubung dengan beliau.. rumahnya di depan Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya.En Zey Iskandar dari Unit Aduan mengakui masalah longkang antara issu yang banyak di laporkan termasuk di SS4A, beliau memberi jaminan InsyaAllah sebarang aduan di SS4A ini akan beliau tangani dan ambil tindakan segera...
Dalam sesi dialog yang sangat interaktif banyak pertanyaan warga SS4A tentang keselamatan termasuk isu Anjing tanpa lesen yang menganggu pejalan kaki warga SS4A menjuju ke LRT juga isu warga PATI.
Ramai juga yang ingin tahu lebih lanjut dan sumbangan yang boleh di mainkan dalam rondaan sukerela SRS.
InsyaALlah pengerusi KRT SS4A memberikan komitment akan membuka pendaftaran SRS yang terhad maximum kepada 25 orang keutamaan warga Lelaki. Menurut SU KRT borang SRS telah di siapkan dan sedia menerima pendaftaran.
Bagi pihak KRT SS4A kami mengucapkan jutaan terimakasih di atas kehadiran semua warga SS4A dalam program Pelancaran pada Sabt 19 Feb 2011 ... sebarang perkembangan akan di kemaskini di blog ini.
Untuk sebarang pertanyaan @ aduan boleh juga di emailkan ke komunitiss4@gmail.com
SU KRT
No comments:
Post a Comment