Saturday, April 3, 2010

Rukun Tetangga SS4A - rakan kejiranan anda..

Resolusi Mesyuarat Untuk Menubuhkan Skim Rukun Tetangga SS4A



Antara yang hadir , lebih dari 5 orang menyatakan persetujuan tetapi berhalangan

Antara yang hadir dari kiri Mr Sundra, Pn Rajeswary, Mr Ng, En Abu Bakar, Hj Mustafar,En Kamialin dan membelakangkan kamera Ustaz Hj Ahmad pengerusi majlis serta yang mengambil gambar..



Kepada rakan-rakan dan penduduk di SS4A,


Mesyuarat yang di iniasitifkan oleh Jawatankuasa Bertindak Kejiranan Dan Komuniti SS4A yang di pengerusikan oleh Ustaz Ahmad, timbalan En Kamialin, setiausaha Abd Rahman dan Bendahari Hj Mustafar Kamal Kidam malam tadi Sabtu 3 April 2010 yang di adakan di rumah pengerusi telah mendapat persetujuan untuk menubuhkan Skim Rukun Tetangga SS4A .


Mesyuarat yang dihadiri 12 orang wakil penduduk lebih daripada 10 orang penduduk SS4A menyatakan sokongan termasuk Tuan Hj Ghafur Nazir Masjid Al-Ehsan, mesyuarat telah memutuskan untuk membentuk Protem Committe Rukun Tetangga SS4A seperti berikut:-

Penasihat : Ustaz Hj Ahmad Abd Aziz ( SS4A/3A)

Pengerusi : En Kamialin Yahya ( SS4A/4)
Timbalan Pengerusi : Puan Rajeswary ( SS4A/5)
Setiausaha : Abd Rahman Sadikin ( SS4A/4)
Bendahari : En Ng Kok Kiang ( SS4A/3A)

Ahli Jawatankuasa
01. Hj Mustafar Kamal Kidam ( SS4A/5)
02. En Abu Bakar Mohd Amin ( SS4A/5A)
03. En Sundra Gandiy ( SS4A/3)
04. Puan Hajah Yam Abdullah ( SS4A/3A)
05.Puan Aishah Abdullah ( SS 4A/3 )
06. Puan Maznah Hassan ( SS4A/4)
07. Puan Wan Munah Wan Nik ( SS4A/3A)

Mesyuarat bersetuju akan melantik ajk tambahan dan mengenalpasti wakil Jalan selepas daripada ini, kerana ramai yang menyatakan persetujuan untuk hadir tetapi ada halangan yang tak dapat di elakkan.


Mesyuarat juga bersetuju mengenalpasti Jalan-jalan berikut sebagai cadangan untuk digazetkan sebagai kawasan rukun tetangga, iaitu :-
01. Jalan SS 4A/3
02. Jalan SS4A/4
03. Jalan SS4A/5
04. Jalan SS4A/3A
05. Jalan SS4A/5A
06. Jalan SS4A/2
07. Lorong SS4A/4A

Pusat operasi sementara adalah di rumah pengerusi En Kamialin di no. 7 ,Jalan SS4A/4 , permohonan akan dibuat untuk mengadakan mesyuarat di Pusat Komuniti, sementara JBKK SS4A mendapatkan maklumat tentang status Pusat Komuniti SS4

Program terdekat ,AJK akan mendapatkan perkongsian ilmu tentang Skim Rondaan dan pengenalan kepada Rukun Tetangga SS5D, bertempat di Markaz Rukun Tetangga SS5D pada 7 April jam 8malam.


Setiausaha

No comments:

Post a Comment