Sunday, May 9, 2010

Terimakasih kepada lebih 100 Penduduk yang hadir ke Ramah Mesra & Taklimat Penubuhan Rukun Tetangga SS4A

Tuan Imam Masjid Hj Rahmat sedang membacakan doa pembukaan majlis dan mendapat perhatian bukan Islam semua kerana doanya di bacakan secara sepontan dalam bahasa English.. terimakasih Hj Rahmat
Ustaz Ahmad tuan penasihat yang datang awal menyambut hadirian dan tetamu



Bergotong royong menyiapkan minuman dan sedikit jamuan ..




Tn Hj Wahid mantan Nazir Masjid turut hadir bersama Tn Hj Atar di sebelah kanannya ialah Tn Penolong SU Hj Mustafar ..



Puan Timbalan Pengerusi Rajeswary bersama anaknya membantu pendaftaran penduduk yang hadir.. kelihatan di belakang Mr Bendahari Ng Kok Kiang sedang rancak melayan tetamu dan rakan nya yg hadir.


Tuan Pengerusi Kamialian Yahya sedang mengalu-alukan kehadiran penduduk ..


Sesi soaljawab yang di buka oleh En Zamri Nusi dari Pejabat Perpaduan Daerah Petaling, kelihatan Tn Hj Puat Setiausaha Masjid Al-Ehsan baru sahaja mengemukakan soalan..




Bagi pihak jawatankuasa penaja rukun tetangga kami mengucapkan terimakasih kepada kehadiran dan sambutan penduduk di SS4A yang hadir memberi sokongan program ramah mesra dan taklimat penubuhan rukun tetangga ss4a pada Sabtu pagi 8hb Mei 2010.

Program yang dimulakan jam 11 pagi Alhamdulilah berjalan lancar, program yang dipengerusikan oleh Sdr Setiausaha Tn Hj Abd Rahman Sadikin, dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam Hj Rahmat yang turut memberi impak doanya yang spontan dalam bahasa Ingeris .

Sdr SU telah memperkenalkan saff Jawawatankuasa Rukun Tetangga ( Penaja) :
Penasihat : Ustaz Hj Ahmad Abd Aziz
Pengerusi : En Kamialin Yahya
Timbalan Pengerusi : Pn Rajeswary
Setiausaha : Tn Hj Abd Rahman Sadikin
Penolong Setiausaha : Tn Hj Mustafar Kidam
Bendahari : Mr Ng Kok Kiang
AJK : En Abu Bakar Amin (Bendahari masjid al-ehsan), Mr Sundra, En Mohd Nor Zakaria,
Mr Anthony Ng, Pn Yam Abdullah, Pn Maznah Mat Hassan,

Seterusnya Tuan Pengerusi Penaja En Kamialin Yahya memberikan alu-aluan kepada hadirin dari kalangan pelbagai kaum dan sangat mengalu-alukan kehadiran orang lama spt TnHj Wahid mantan Nazir Masjid Al-Ehsan yang memberi sokongan..

Untuk berkongsi pengalaman aktiviti dan peranan rukun tetangga , pihak Jawatankuasa menjemput Pengerusi Rukun Tetangga Ss5D Mr Pala untuk menceritakan pengalaman beliau pahit manis dalam menghidupkan rukun tetangga serta aktiviti yg zone beliau telah , sedang dan akan dijalankan.. dan bersedia membimbing 'rakan rukun tetangga ss4a'

Majlis disempurnakan dengan Taklimat dan Mesyuarat Penubuhan Rukun Tetangga SS4A oleh En Zamri Nusi Pegawai Perpaduan Daerah Petaling bahi Parlimen Subang dan Parlimen Shah Alam.. beliau sangat mengalu-alukan penubuhan Rukun Tetangga SS4A dan berharap akan aktif seperti zone-zone lain.. beliau memembentangkan peranan dan perlaksanaan sesebuah rukun tetangga mengikut garis panduan yang telah diluluskan oleh parlimen..

Bagi memudahkan perjalanan Rukun Tetangga SS4A , En Zamri mengesahkan bahawa Jawatankuasa Rukun Tetangga yang di Pengerusikan Oleh En Kamialin Yahya dan jawatankuasanya disahkan dan mendapat persetujuan penduduk yang hadir untuk meneruskan aktiviti dan peranan sebagai Rukun Tetangga SS4A..
Beliau menambah keahlian penduduk adalah secara automatic setiap penduduk menjadi ahlinya ,perlunya di tambah jawatankuasa kepada 25 orang dan mewakili setiap jalan ( ada 7 jalan di gazetkan Jalan ss4a/3, jalan ss4a/4, Jalan ss4a/5, Jalan ss4a/5a, jalan ss4a/3a, Jalan ss4a/4a dan Jalan ss4a/2 ).
.
Majlis di akhiri dengan ucapan dari Mr SP Guna yang mewakili Ahli Majlis Pn Cynthia yang tidak dapat hadir kerana ada kelas yang tidak dapat dielakan juga mewakili ADUN Damansara Utama YB Dr Chea yang maseh dalam pemerhatian rapi di Sunway Medical Center, beliau menyatakan kesediaanya bekerjasama dalam pelbagai program bersama Rukun Tetangga SS4A juga akan merancang program bersama RT SS4A dan Masjid Al-Ehsan bersama Ahli Majlis dan pejabat DUN bagi menerangkan skim-skim yang rakyat dan penduduk mendapat faedah seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Anak Warisan Selangor dan lain-lain .
.

Majlis diserikan dengan sedikit jamuan yang disediakan bersama oleh kaum ibu .. terimakasih Pn Ros, Hjh Yam, Kak Mon dan Pn Maznah serta semua...petugas sukerela
Tidak ketinggalan anak remaja kita yang turut membantu persiapan fizikal..

Kehadiran dianggarkan 100 orang di mana mengikut unit pendaftaran yang diktuai oleh Timbalan Pengerusi Pn. Rajeswary yang hadir mendaftar dalam 60 orang, yang hadir tidak berkesempatan mendaftar 20 orang dan anggaran tetamu luar dan dari rakan-rakan rukun tetangga ss5d dan ss4c dianggarkan dalam 20 orang..







No comments:

Post a Comment