Sunday, September 26, 2010

di Majlis Hari Raya ADUN Seri Setia..

En Kamialin Yahya Pengerusi Rukun Tetangga SS4A mengucapkan tahniah dan terimakaseh kepada ADUN Seri Setia YB Nik Nazmi di atas penganjuran dan jemputan Jamuan Hari Raya ADUN Seri Setia - 26 Sept 2010 di Padang SS 5C/14.. petang semalam.. tahniah YB ! kelihatan di sebelah kiri YB adalah Tuan Hj Hisyamudin Yayacob Pengerusi Krangkaf penegeluar akhbar Sinar Harian !

..

Sedang berbincang dengan rakan sekerja Pengerusi Rukun Tetangga SS5D Mr Pala !





..

Rukun Tetengga SS4A - Melawat En Mohd Nor Zakaria

Di kesempatan Majlis Hari Raya Masjid Al-Ehsan penasihat mewakili Rukun Tetangga SS4A yang juga sifatnya sebagai Ketua PAS Cawangan Kelana Jaya Baru petang Ahad 26 Sept 2010 menziarahi En Mohd Nor Zakaria yang sakit.. tidak dapat berjalan .. Alhamdulilah dah beransur pulih katanya..

Rukun Tetangga SS4A Bersama Meraikan Majlis Hariraya Jawatankuasa Masjid e Al-Ehsan SS4A

Turut meraikan Majlis Hariraya Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan , penasihat Rukun Tetngga Ustaz Hj Ahmad Abdul Aziz dan Yang Berusaha Tuan Pengerusi Rukun Tetangga SS4A En Kamialin Yahya (kiri berbaju putih)..



Kelihatan pelbagai kaum turut hadir , bagi pihak Rukun Tetangga SS4A kami turut meminta semua AJK termsuk Pn Rajes, En Ng Kok Kiang, En Sundra dan lain2 turut hadir ke majlis hari raya ini.. terimakaseh turut meraikan majlis hari raya tahunan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan..

..


Antara hidangan Hariraya disediakan.. lontong , satay kambing, cendol, lemang dan macam macam..








..



Penasihat Rukun Tetangga selaku Ketua PAS Cawangan Kelana Jaya Baru Ustaz Hj Ahmad Abdul Aziz di sambut salah seorang jemaah Hj Ahmad Kidam..







..




Dari Atas Masjid Al-Ehsan
..

..

Aduan Longkang Pecah ..takut Jalan jadi mendap !

Tn Hj Ahmad Kidam menunjukkan lokasi sebenar longkang pecah di depan rumahnya no. 11A Jalan SS4A/5A
Longkang yang retak dari celah2 besi
..Longkang yang retak dari celah2 besi
Kedudukan di bawah besi mengadap jalan di khuatiri jalan akan mendap..

=============
Sebagai makluman tambahan aduan ini dengan gambar & tn hj ahmad kidam menujukkan lokasi sebenar di depan rumahnya -hj abd rahman - su rukun tetangga ss4a.
Response dari aduan on-line dan aduan@mbpj.gov.my
---------- Forwarded message ----------
fromJawatankuasa Kejiranan & Komuniti SS4A <komunitiss4@gmail.com>tocynthiagabriel2@yahoo.com,cynthia@mbpj.gov.my,arsadik <arsadik@yahoo.com>,naza@mbpj.gov.my,aduan@mbpj.gov.my
dateMon, Sep 27, 2010 at 11:30 AMsubjectFwd: Aduan Anda Telah Diterima - No. aduan : 10-10160mailed-bygmail.com
hide details 11:30 AM (21 minutes ago)
Terimakasih di atas response segera MBPJ !
Sebagai makluman tambahan aduan ini dengan gambar & tn hj ahmad kidam menujukkan lokasi sebenar di depan rumahnya
-hj abd rahman - su rukun tetangga ss4a.
From: <aduan@mbpj.gov.my>Date: 2010/9/27Subject: Aduan Anda Telah Diterima
To: komunitiss4@gmail.comCc: naza@mbpj.gov.my
KEJUJURAN DAN KETEKUNANNo. aduan : 10-10160Jenis Aduan : Jalan MendapTarikh : 27/09/2010
TUAN
Jalan Mendap
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
Aduan tuan/puan akan disalurkan kepada bahagian berkenaan yang akan membuat tindakansusulan terhadap aduan tersebut. Untuk sebarang pertanyaan mengenai aduan tersebut,tuan/puan bolehlah menghubungi dinombor 03-79563544 pada waktu pejabat.
Berikut juga adalah maklumat pegawai yang bertanggungjawab untuk kategori aduan ini. Name : AHMAD ROSLAN BIN HAIRUDIN
Jabatan : JABATAN KEJURUTERAAN
No. Telefon : 0162168750 Emel : roslan@mbpj.gov.my
Kerjasama tuan sangat dihargai dan diharap tuan dapat bersabar. Aduan tuan akan diambil tindakan dengan kadar segera.Sekian, Terima Kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
Pengarah,Bahagian Perhubungan Awam Dan Korporat
b/p Datuk BandarMajlis Bandaraya Petaling Jaya
E-mel ini telah dijanakan oleh sistem. Anda tidak perlu membalas e-mel ini.





Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya dari Rukun Tetangga SS4A



Selamat Aidilfitri & Selamat Hari Raya dari Pengerusi & Seluruh AJK Rukun Tetangga SS4A..

Sunday, September 5, 2010

Panduan Cegah Jenayah : Pecah Rumah






Salah satu perkara yang merisaukan kebanyakan penghuni kediaman setiap kali tiba musim cuti perayaan adalah keselamatan kediaman dan harta benda yang ditinggalkan semasa penghuni atau pemilik balik kampung.




Ada sahaja kes pecah rumah dan kecurian berlaku lebih-lebih lagi di kawasan kediaman yang berisiko tinggi.




Sempena cuti perayaan kali ini Komuniti Rukun Tetangga SS4A ini ingin berkongsikan panduan cegah pecah rumah dan juga langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh setiap penghuni kediaman sepanjang balik kampung nanti.




Panduan cegah pecah rumah sebagaimana yang dinasihatkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) adalah melalui




Perlindingan Secara Fizikal:




· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.
· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
· Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.




Langkah Berjaga-jaga



· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
· Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
· Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
· Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
· Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
· Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
· Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
· Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah. Sila hubungi En Kamialin Yahya Pengerusi RT SS4A di 016-2730081/03-78750386 @ Balai Polis Terdekat Balai Polis Kelana Jaya 03-7806 2222




Selamat bercuti dan pastikan panduan cegah pecah rumah ini di patuhi untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.




SETIAUSAHA


RUKUN TETANGGA SS4A



sumber rujukan dan bacaan lanjut: Panduan Pencegahan Jenayah Pecah Rumah di http://www.rmp.gov.my/base.cfm?path=about/about.cfm?mod=18

Friday, September 3, 2010

Ziarah Makcik Jah d SJMC

Penasihat RT SS4A Ustaz Ahmad dan PSU Tn Hj Mustafar menziarahi Kak Jah SS4a/4 yang di masukkan ke wad SJMC pada 2 minggu lepas.

Thursday, September 2, 2010

Pn Hamidah mendapat Perhatian YB Tony Pua

Di Kesempatan YB Tony Pua Ahli Parlimen PJU ke SS4A , pengerusi RT SS4A sempat membawa YB menziariahi pn Hamidah yang tidak boleh berjalan dan memerlukan Kerusi Roda untuk bergerak... YB akan mengambil tindakan sewajarnya dengan merujuk semula kepada JKM yang pernah dipohon sebelum serta memberikan bantuan lain yang sewajarnya kepada beliau...

Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Ahli Majlis di Masjid Al-Ehsan

Tuan Pengerusi RT SS4A berbuka puasa bersama Ahli MPP dan Jawatankuasa Masjid ..

Nasi mandi Kambing pulak..bersama Tuan Imam dan Tuan Hj Suhaimi.....thanks Hj Ghafur & AJK Masjid..




Ahli MPP Mdm Wendy dan Ahli MPP yang lain sedang 'berbuka' puasa dengan jemaah muslimat Masjid Al-Ehsan


Ustaz Ahmad dan AJK MPP turut berbuka puasa, membelakangkan camera Pengerusi En Kamialin bersama Tuan Pengerusi Masjid Tn Hj Ghafur dan YB Tony Pua Ahli Parlimen PJU











Terimakasih kepada Puan Cynthia Ahli Majlis MBPJ Zon 7 yang turut menjemput Jawatankuasa Rukun Tetangga SS4A ke Majlis Berbuka Puasa beliau bersama Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan di ketuai Tuan Hj Ghafur.. terimakasih Tuan Hj... turut hadir dari RT SS4A Tuan Penasihat Ustaz Ahmad Abd Aziz, Pengerusi RT SS4A En Kamialin Yahya dan SU Tuan Hj Abdul Rahman Sadikin.

Wednesday, September 1, 2010

Kerja-kerja Tar Jalan di SS4A

Aduan turut dibuat semasa hari pertama kerja-kerja mengetar dijalankan ada penduduk yg kehilangan besi penutup longkang, seperti berlaku di Jalan SS 4A/4 ..

s


Aduan di terima dari salah seorang penduduk di Jalan SS4A/SS5A bahawa pihak kontraktor mengenakan caj untuk meratakan dgn mesin gelek...akibatnya tar cuma ditabur sahaja di depan rumahnya..



Kerja-kerja mengetar sedang dijalankan di Jalan SS 4A/3 dari hujung jalan berhampiran Shell pada 6 Aug 2010 di fahamkan selepas Aduan dari pihak Rukun Tetangga SS4A yang membuat pemantauan tiada lagi caj dikenakan kepada penduduk yang nak tambahkan tar sampai ke depan rumah.


Tazkirah menyambut Ramdhan



Peserta , hadirin program Silatoruhim dan menyambut Ramdhan di rumah Ustaz Ahmad pada 31 Julai 2010 tetamu khas Ustaz Nik Radzi Nik Mat




Sumbangan Anda di perlukan bagi menyusucikan harta dan wang anda ....!

Tazkirah menyambut Ramdhan di adakan di Rumah Penasihat RT SS4A Ustaz Ahmad Abdul Azizi oleh Tuan Guru Nik Radzi Nik Mat..31 Jul 2010