Sunday, September 5, 2010

Panduan Cegah Jenayah : Pecah Rumah






Salah satu perkara yang merisaukan kebanyakan penghuni kediaman setiap kali tiba musim cuti perayaan adalah keselamatan kediaman dan harta benda yang ditinggalkan semasa penghuni atau pemilik balik kampung.




Ada sahaja kes pecah rumah dan kecurian berlaku lebih-lebih lagi di kawasan kediaman yang berisiko tinggi.




Sempena cuti perayaan kali ini Komuniti Rukun Tetangga SS4A ini ingin berkongsikan panduan cegah pecah rumah dan juga langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh setiap penghuni kediaman sepanjang balik kampung nanti.




Panduan cegah pecah rumah sebagaimana yang dinasihatkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) adalah melalui




Perlindingan Secara Fizikal:




· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.
· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
· Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.




Langkah Berjaga-jaga



· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
· Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
· Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
· Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
· Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
· Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
· Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
· Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah. Sila hubungi En Kamialin Yahya Pengerusi RT SS4A di 016-2730081/03-78750386 @ Balai Polis Terdekat Balai Polis Kelana Jaya 03-7806 2222




Selamat bercuti dan pastikan panduan cegah pecah rumah ini di patuhi untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.




SETIAUSAHA


RUKUN TETANGGA SS4A



sumber rujukan dan bacaan lanjut: Panduan Pencegahan Jenayah Pecah Rumah di http://www.rmp.gov.my/base.cfm?path=about/about.cfm?mod=18

No comments:

Post a Comment