Monday, October 11, 2010

Pengerusi RT Memohon maaf demi perpaduan semua ..dan kelangsungan RT SS4A

Mengambil kira status RT SS4A telah d luluskan makluman semlm Isnin 11.10.10 Pengerusi RT bersetuju memohn maaf kepada pihak masjid demi perpaduan semua pihak..mungkin ada hikmah selepas prtemuan dgn Mr.Beh itu & penyiarannya d blog komuniti..ini sebelum ini. Ini hasil pertemuan ringkas pagi tadi dgn Tuan Nazir.

Sunday, October 10, 2010

Berita Baik Rukun Tetangga SS4A

Isnin 11 Okt - Pengerusi baru memaklumkan pagi ini, berita dari JPNIN Daerah Petaling telah memaklumkan kelulusan Rukun Tetangga SS4A ..dalam masa terdekat Sijil akan dikeluarkan.

Terimakaseh bagi pihak penduduk dan kejiranan SS4A .. kepada Encik Beh Sang How Pegawai Perpaduan Daerah PJ dan kakitangtannya serta sokongan semua pihak.

Sunday, September 26, 2010

di Majlis Hari Raya ADUN Seri Setia..

En Kamialin Yahya Pengerusi Rukun Tetangga SS4A mengucapkan tahniah dan terimakaseh kepada ADUN Seri Setia YB Nik Nazmi di atas penganjuran dan jemputan Jamuan Hari Raya ADUN Seri Setia - 26 Sept 2010 di Padang SS 5C/14.. petang semalam.. tahniah YB ! kelihatan di sebelah kiri YB adalah Tuan Hj Hisyamudin Yayacob Pengerusi Krangkaf penegeluar akhbar Sinar Harian !

..

Sedang berbincang dengan rakan sekerja Pengerusi Rukun Tetangga SS5D Mr Pala !





..

Rukun Tetengga SS4A - Melawat En Mohd Nor Zakaria

Di kesempatan Majlis Hari Raya Masjid Al-Ehsan penasihat mewakili Rukun Tetangga SS4A yang juga sifatnya sebagai Ketua PAS Cawangan Kelana Jaya Baru petang Ahad 26 Sept 2010 menziarahi En Mohd Nor Zakaria yang sakit.. tidak dapat berjalan .. Alhamdulilah dah beransur pulih katanya..

Rukun Tetangga SS4A Bersama Meraikan Majlis Hariraya Jawatankuasa Masjid e Al-Ehsan SS4A

Turut meraikan Majlis Hariraya Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan , penasihat Rukun Tetngga Ustaz Hj Ahmad Abdul Aziz dan Yang Berusaha Tuan Pengerusi Rukun Tetangga SS4A En Kamialin Yahya (kiri berbaju putih)..



Kelihatan pelbagai kaum turut hadir , bagi pihak Rukun Tetangga SS4A kami turut meminta semua AJK termsuk Pn Rajes, En Ng Kok Kiang, En Sundra dan lain2 turut hadir ke majlis hari raya ini.. terimakaseh turut meraikan majlis hari raya tahunan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan..

..


Antara hidangan Hariraya disediakan.. lontong , satay kambing, cendol, lemang dan macam macam..








..



Penasihat Rukun Tetangga selaku Ketua PAS Cawangan Kelana Jaya Baru Ustaz Hj Ahmad Abdul Aziz di sambut salah seorang jemaah Hj Ahmad Kidam..







..




Dari Atas Masjid Al-Ehsan
..

..

Aduan Longkang Pecah ..takut Jalan jadi mendap !

Tn Hj Ahmad Kidam menunjukkan lokasi sebenar longkang pecah di depan rumahnya no. 11A Jalan SS4A/5A
Longkang yang retak dari celah2 besi
..Longkang yang retak dari celah2 besi
Kedudukan di bawah besi mengadap jalan di khuatiri jalan akan mendap..

=============
Sebagai makluman tambahan aduan ini dengan gambar & tn hj ahmad kidam menujukkan lokasi sebenar di depan rumahnya -hj abd rahman - su rukun tetangga ss4a.
Response dari aduan on-line dan aduan@mbpj.gov.my
---------- Forwarded message ----------
fromJawatankuasa Kejiranan & Komuniti SS4A <komunitiss4@gmail.com>tocynthiagabriel2@yahoo.com,cynthia@mbpj.gov.my,arsadik <arsadik@yahoo.com>,naza@mbpj.gov.my,aduan@mbpj.gov.my
dateMon, Sep 27, 2010 at 11:30 AMsubjectFwd: Aduan Anda Telah Diterima - No. aduan : 10-10160mailed-bygmail.com
hide details 11:30 AM (21 minutes ago)
Terimakasih di atas response segera MBPJ !
Sebagai makluman tambahan aduan ini dengan gambar & tn hj ahmad kidam menujukkan lokasi sebenar di depan rumahnya
-hj abd rahman - su rukun tetangga ss4a.
From: <aduan@mbpj.gov.my>Date: 2010/9/27Subject: Aduan Anda Telah Diterima
To: komunitiss4@gmail.comCc: naza@mbpj.gov.my
KEJUJURAN DAN KETEKUNANNo. aduan : 10-10160Jenis Aduan : Jalan MendapTarikh : 27/09/2010
TUAN
Jalan Mendap
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
Aduan tuan/puan akan disalurkan kepada bahagian berkenaan yang akan membuat tindakansusulan terhadap aduan tersebut. Untuk sebarang pertanyaan mengenai aduan tersebut,tuan/puan bolehlah menghubungi dinombor 03-79563544 pada waktu pejabat.
Berikut juga adalah maklumat pegawai yang bertanggungjawab untuk kategori aduan ini. Name : AHMAD ROSLAN BIN HAIRUDIN
Jabatan : JABATAN KEJURUTERAAN
No. Telefon : 0162168750 Emel : roslan@mbpj.gov.my
Kerjasama tuan sangat dihargai dan diharap tuan dapat bersabar. Aduan tuan akan diambil tindakan dengan kadar segera.Sekian, Terima Kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
Pengarah,Bahagian Perhubungan Awam Dan Korporat
b/p Datuk BandarMajlis Bandaraya Petaling Jaya
E-mel ini telah dijanakan oleh sistem. Anda tidak perlu membalas e-mel ini.





Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya dari Rukun Tetangga SS4A



Selamat Aidilfitri & Selamat Hari Raya dari Pengerusi & Seluruh AJK Rukun Tetangga SS4A..

Sunday, September 5, 2010

Panduan Cegah Jenayah : Pecah Rumah






Salah satu perkara yang merisaukan kebanyakan penghuni kediaman setiap kali tiba musim cuti perayaan adalah keselamatan kediaman dan harta benda yang ditinggalkan semasa penghuni atau pemilik balik kampung.




Ada sahaja kes pecah rumah dan kecurian berlaku lebih-lebih lagi di kawasan kediaman yang berisiko tinggi.




Sempena cuti perayaan kali ini Komuniti Rukun Tetangga SS4A ini ingin berkongsikan panduan cegah pecah rumah dan juga langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh setiap penghuni kediaman sepanjang balik kampung nanti.




Panduan cegah pecah rumah sebagaimana yang dinasihatkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) adalah melalui




Perlindingan Secara Fizikal:




· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.
· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
· Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.




Langkah Berjaga-jaga



· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
· Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
· Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
· Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
· Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
· Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
· Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
· Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah. Sila hubungi En Kamialin Yahya Pengerusi RT SS4A di 016-2730081/03-78750386 @ Balai Polis Terdekat Balai Polis Kelana Jaya 03-7806 2222




Selamat bercuti dan pastikan panduan cegah pecah rumah ini di patuhi untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.




SETIAUSAHA


RUKUN TETANGGA SS4A



sumber rujukan dan bacaan lanjut: Panduan Pencegahan Jenayah Pecah Rumah di http://www.rmp.gov.my/base.cfm?path=about/about.cfm?mod=18

Friday, September 3, 2010

Ziarah Makcik Jah d SJMC

Penasihat RT SS4A Ustaz Ahmad dan PSU Tn Hj Mustafar menziarahi Kak Jah SS4a/4 yang di masukkan ke wad SJMC pada 2 minggu lepas.

Thursday, September 2, 2010

Pn Hamidah mendapat Perhatian YB Tony Pua

Di Kesempatan YB Tony Pua Ahli Parlimen PJU ke SS4A , pengerusi RT SS4A sempat membawa YB menziariahi pn Hamidah yang tidak boleh berjalan dan memerlukan Kerusi Roda untuk bergerak... YB akan mengambil tindakan sewajarnya dengan merujuk semula kepada JKM yang pernah dipohon sebelum serta memberikan bantuan lain yang sewajarnya kepada beliau...

Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Ahli Majlis di Masjid Al-Ehsan

Tuan Pengerusi RT SS4A berbuka puasa bersama Ahli MPP dan Jawatankuasa Masjid ..

Nasi mandi Kambing pulak..bersama Tuan Imam dan Tuan Hj Suhaimi.....thanks Hj Ghafur & AJK Masjid..




Ahli MPP Mdm Wendy dan Ahli MPP yang lain sedang 'berbuka' puasa dengan jemaah muslimat Masjid Al-Ehsan


Ustaz Ahmad dan AJK MPP turut berbuka puasa, membelakangkan camera Pengerusi En Kamialin bersama Tuan Pengerusi Masjid Tn Hj Ghafur dan YB Tony Pua Ahli Parlimen PJU











Terimakasih kepada Puan Cynthia Ahli Majlis MBPJ Zon 7 yang turut menjemput Jawatankuasa Rukun Tetangga SS4A ke Majlis Berbuka Puasa beliau bersama Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan di ketuai Tuan Hj Ghafur.. terimakasih Tuan Hj... turut hadir dari RT SS4A Tuan Penasihat Ustaz Ahmad Abd Aziz, Pengerusi RT SS4A En Kamialin Yahya dan SU Tuan Hj Abdul Rahman Sadikin.

Wednesday, September 1, 2010

Kerja-kerja Tar Jalan di SS4A

Aduan turut dibuat semasa hari pertama kerja-kerja mengetar dijalankan ada penduduk yg kehilangan besi penutup longkang, seperti berlaku di Jalan SS 4A/4 ..

s


Aduan di terima dari salah seorang penduduk di Jalan SS4A/SS5A bahawa pihak kontraktor mengenakan caj untuk meratakan dgn mesin gelek...akibatnya tar cuma ditabur sahaja di depan rumahnya..



Kerja-kerja mengetar sedang dijalankan di Jalan SS 4A/3 dari hujung jalan berhampiran Shell pada 6 Aug 2010 di fahamkan selepas Aduan dari pihak Rukun Tetangga SS4A yang membuat pemantauan tiada lagi caj dikenakan kepada penduduk yang nak tambahkan tar sampai ke depan rumah.


Tazkirah menyambut Ramdhan



Peserta , hadirin program Silatoruhim dan menyambut Ramdhan di rumah Ustaz Ahmad pada 31 Julai 2010 tetamu khas Ustaz Nik Radzi Nik Mat




Sumbangan Anda di perlukan bagi menyusucikan harta dan wang anda ....!

Tazkirah menyambut Ramdhan di adakan di Rumah Penasihat RT SS4A Ustaz Ahmad Abdul Azizi oleh Tuan Guru Nik Radzi Nik Mat..31 Jul 2010





Sunday, May 30, 2010

Artikal : SRS - Panduan Mengendalikan

Panduan ini dari http://rukuntetangga.org/print.php?type=A&item_id=1 harap owner mengizin siarkan untuk panduan kami yang baru..

RTSS4A

SRS - Panduan MengendalikanPosted by toknyadat on July 09 2009 13:18:20
PANDUAN PENGENDALIAN SKIM RONDAAN SUKARELA DI BAWAHPERATURAN-PERATURAN PERLU RUKUN TETANGGA (1975)

1. PENDAHULUAN
1.1. Skim Rondaan Sukarela adalah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975), Pindaan 1988.
1.2. Skim ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 pemastautin sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau di seluruh kawasan Rukun Tetangga.
1.3. Skim Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala sosial negatif di samping dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat.

2. TAFSIRAN
2.1. Skim Rondaan Sukarela bermaksud satu skim yang dipohon sendiri oleh pemastautin dan apabila diluluskan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Skim dengan kerjasama Pemastautin Sukarelawan dalam sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan. 2.2. Jawatankuasa Skim bermaksud Jawatankuasa Kawasan/Sektor yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
2.3. Ahli Jawatankuasa Skim bermaksud Ahli Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
2.4. Pemastautin Sukarelawan bermaksud seseorang yang telah membuat permohonan melalui Borang Enam dan Tujuh untuk menyertai Skim tersebut.
2.5. Peralatan Rondaan bermaksud peralatan bagi menjalankan Skim Rondaan Sukarela adalah seperti vest, wisel, cota, lampu picit, baju hujan dan lain-lain yang dibekalkanoleh Jawatankuasa Skim.
2.6. Pengarah bermaksud seseorang yang telah diwartakan sebagai Pengarah Rukun Tetangga di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (RT) 1975.

3. PUSAT RONDAAN
3.1. Setiap Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela perlu mempunyai sebuah pusat rondaan sebagai pusat operasi.
3.2. Pusat rondaan boleh diadakan di pusat atau di bangunan Rukun Tetangga, Balai raya, dewan orang ramai, pos kawalan, di rumah ahli Jawatankuasa Skim atau di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai yang dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga.
3.3. Alat-alat yang perlu ada di pusat rondaan adalah: Buku Rekod Kedatangan, Daftar Pemastautin Sukarelawan, Buku Rekod Rondaan, Kotak Pertolongan Cemas dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Skim atau Pengarah Rukun Tetangga.

4. TUJUAN RONDAAN
4.1. Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di dalam kawasan rondaan.
4.2. Membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif.
4.3. Membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah dan menyerahkan penjenayah tersebut kepada pihak polis dangan kadar segera.
4.4. Membantu menguatkuasa undang-undang jika diminta berbuat demikian oleh Pengarah Rukun Tetangga dan lain-lain agensi penguatkuasa seperti polis.
4.5. Memberi perlindungan ke atas nyawa dan harta benda pemastautin.
4.6. Membantu melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Skim dari semasa ke semasa.

5. TUGASAN RONDAAN
5.1. Tugas rondaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu rondaan berjalan kaki dan rondaan berkenderaan.
5.2. Rondaan berjalan kaki tidak kurang dari 3 orang Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan tidak melebihi 2 kilometer.
5.3. Manakala rondaan berkenderaan tidak kurang dari 3 orang anggota Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan yang lebih luas.
5.4. Rondaan berkenderaan boleh dilaksanaan samada dengan menggunakan kereta, motosikal atau basikal.
5.5. Setiap Pemastautin Sukarelawan adalah bertanggungjawab bagi mendapatkan tarikh, masa dan kawasan rondaan daripada Jawatankuasa Skim.

6. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SKIM
6.1. Menyediakan Daftar Pemastautin Sukarelawan yang mengandungi butir-butir peribadi Pemastautin Sukarelawan.
6.2. Menyediakan Roster Rondaan Pemastautin Sukarelawan.
6.3. Memaklumkan kepada semua Pemastautin Sukarelawan kandungan Roster Rondaan dan membekalkan satu salinan kepada Pengarah Rukun Tetangga dan pihak polis.
6.4. Mempamerkan Roster Rondaan di Pusat Rondaan.
6.5. Memilih seorang Pemastautin Sukarelawan sebagai Ketua Kumpulan Rondaan bagi setiap syif.
6.6. Menyusun rondaan sukarela.
6.7. Mendapatkan Surat/Kad Pengenalan Diri Pemastautin Sukarelawan yang telah ditandatangani Pengarah Rukun Tetangga.
6.8. Menyediakan peralatan rondaan yang diperlukan.
6.9. Mendapatkan sumber kewangan dan menjelaskan segala perbelanjaan berkaitan dengan rondaan sukarela.
6.10. Memberi maklumat yang dikehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan pihak Polis dari masa ke semasa berhubung dengan pengendalian Skim Rondaan Sukarela.
6.11. Menyedia dan mengemukakan Laporan Bulanan Rondaan kepada Pengarah Rukun Tetangga.

7. TAKLIMAT SEBELUM MEMULAKAN RONDAAN
7.1. Ketua Kumpulan Rondaan hendaklah membuat persediaan pada tiap kali sebelum memulakan rondaan.
7.2. Takliamt sebelum memulakan rondaan hendaklah di sampaikan oleh Ketua Kumpulan Rondaan, Jawatankausa Skim atau Ahli Jawatankuasa Skim.
7.3. Anggota Pemastautin Sukarelawan hendaklah dibaris 15 minit sebelum keluar membuat rondaan dengan tujuan memastikan:
7.3.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan hadir.
7.3.2. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan yang bertugas dibekalkan dengan peralatan rondaan.
7.3.3. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan menandatangani Buku Rekod Kedatangan.
7.4. Memberi taklimat mengenai arahan-arahan seperti berikut:
7.4.1. Laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.
7.4.2. Cara-cara menjalankan rondaan.
7.4.3. Perhubungan dengan orang ramai.
7.4.4. Perhubungan dengan polis dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
7.4.5. Arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.
7.4.6. Memberitahu tempat-tempat yang perlu diambil perhatian untuk keselamatan diri.
7.4.7. Memberitahu kejadian-kejadian yang telah berlaku berdasarkan maklumat orang ramai dan rondaan terdahulu dari ini.
7.5. Menyuraikan baris Pemastautin Sukarelawan selepas taklimat.
7.6. Memberi arahan agar rondaan dimulakan mengikut laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.

8. CARA MENJALANKAN RONDAAN
8.1. Berjalan ditepi jalan dalam jarak yang selamat dari kenderaan dihadapan dan kenderaan di belakang dan jika berkenderaan, kenderaan mesti dipandu perlahan dalam jarak yang selamat dari pengguna jalan raya yang lain.
8.2. Sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan serta laluan dan kawasan rondaan.
8.3. Jika rondaan dibuat pada waktu malam hari, elakkan dari membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.
8.4. Hendaklah menghubungi Pusat Rondaan bagi membuat laporan mengenai keadaan semasa dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan segera Pusat Rondaan.

9. TANGGUNGJAWAB KETUA KUMPULAN RONDAAN
9.1. Mengetahui ahli-ahli kumpulan rondaan dalam syif yang telah ditetapkan.
9.2. Memberi taklimat mengenai arah rondaan, peraturan-peraturan/larangan serta tindakan yang perlu di ambil semasa rondaan dan sebelum rondaan.
9.3. Mempastikan semua ahli syif menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Kedatangan. 9.4. Mempastikan semua ahli syif membawa peralatan yang ditentukan semasa rondaan.
9.5. Bertanggungjawab mengumpul semua peralatan yang digunakan selepas selesai rondaan dan menyimpan dalam stor/tempat yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.
9.6. Mengawasi supaya ahli-ahli mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Skim.
9.7. Membuat laporan dalam buku catatan Rondaan sesudah selesai menjalankan rondaan mengikut syif yang telah ditetapkan.

10. TANGGUNGJAWAB PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN
10.1. Sentiasa bersedia untuk mematuhi segala arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim, Ahli Jawatankuasa Skim dan Ketua Kumpulan Rondaan.
10.2. Sentiasa membawa Surat/Kad Pengenalan Diri dan menggunakan alat-alat yang ditentukan oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.
10.3. Sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan penuh tertib dan sopan semasa menjalankan Skim Rondaan Sukarela.
10.4. Sentiasa memakai ‘uniform’ yang telah diluluskan serta dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga semasa rondaan.
10.5. Seseorang Pemastautin Sukarelawan hendaklah pada sepanjang masa dan ketika:
a. Tidak mengingkari arahan Ketua Kumpulan Rondaan
b. Tidak menggunakan bahasa lucah dan memalukan, serta memaki hamun pada masa bertugas; c. Tidur atau berjudi;
d. Tidak memberi maklumat palsu;
e. Tidak hadir bertugas tanpa sebab;
f. Tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa dadah pada masa bertugas;
g. Tidak secara cual atau tanpa sebab-sebab yang berpatutan menyebabkan terlepasnya tembakan sesuatu senjata api pada masa bertugas; dan
h. Tidak bertindak dengan apa-apa cara yang tidak dinyatakan di atas yang boleh memudaratkan kebajikan sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga.

11. KUASA MATA-MATA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN
11.1. Seseorang Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah disifatkan sebagai seorang pegawai polis berpangkat mata-mata dan mempunyai segala kewajipan, segala kuasa dan segala imuniti seorang pegawai polis berpangkat mata-mata.
11.2. Walau bagaimanapun, kuasa mata-mata Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah tertakluk kepada apa-apa atahan, syarat, sekatan atau batasan yang boleh dinyatakan semasa secara lisan atau bertulis oleh seorang Pengarah, Jawatankuasa Skim atau ahli Jawatankuasa Skim.

12. TAKLIMAT SELEPAS TAMAT RONDAAN
12.1. Ambil baris anggota Pemastautin Sukarelawan yang habis tugas di luar pusat rondaan. 12.2. Ketua Kumpulan Rondaan perlu menentukan:
12.2.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan baik dari tugas rondaan.
12.2.2. Arahan mengembalikan peralatan rondaan.
12.2.3. Memberi taklimat mengenai hasil daripada rondaan yang telah dilaksanakan.
12.2.4. Menyurai baris tugas.
12.2.5. Membuat catatan serta laporan rondaan di dalam Buku Rekod Rondaan.

13. MENJAWAB PANGGILAN TELEFON
13.1. Hendaklah menjawab telefon dengan tertib dan sopan santun sebagai mana kehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatan Skim.
13.2. Mendengar dengan teliti dan mencatat apa-apa aduan, berita atau makluman yang hendak disampaikan oleh mereka yang membuat panggilan.
13.3. Memaklumkan dengan kadar segera apa-apaa aduan, berita atau makluman kepada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim atau pihak polis; jika ianya memerlukan tindakan segera dan serta merta.

14. PERSIAPAN MENYERAH TUGAS PENYELIAAN DI PUSAT RONDAAN
14.1. Ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang ditugaskan di Pusat Rondaan dikehendaki membuat catatan satu senarai untuk serah menyerah tugas bagi menyenangkan untuk meneliti dan mempastikan semua perkara dalam keadaan lengkap.
14.2. Sebelum menerima tugas, ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang akan mengambil alih tugas menyelia Pusat Rondaan, mempastikan semua borang dan peralatan yang adalah lengkap dan sempurna.
14.3. Memberi taklimat dan arahan tugas kepada yang menerima tugas menyelia Pusat Rondaan.
14.4. Memberitahu jika ada aduan atau kes-kes terbaru yang diterima.
14.5. Memberi penerangan mengenai tahunan atau tangkapan samada masih dalam tahunan atau telah diserah kepada pihak polis.
14.6. Bersurai setelah diambil alih oleh ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang baru masuk bertugas.

15. LAIN-LAIN TUGAS DI PUSAT RONDAAN
15.1. Membantu orang ramai menunjukkan tempat yang ingin mereka pergi, contoh seperti ke rumah saudara mara dan sebagainya.
15.2. Menjadi mediator dalam sebarang pertelingkahan orang ramai jika diminta berbuat demikian.
15.3. Menghubungi Balai Polis berhampiran bagi mendapatkan maklumat atau bantuan jika diperlukan.

16. PENYELARASAN TUGAS DI PUSAT RONDAAN
16.1. Penyelarasan tugas di Pusat Rondaan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.
16.2. Jawatankausa Skim bertanggungjawab melantik tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan pada satu-satu masa sebagai Penyelia di pusat Rondaan sewaktu rondaan sedang dilaksanakan.
16.3. Jawatankausa Skim bertanggungjawab bagi menentukan waktu bertugas ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan sebagai Penyelia Pusat Rondaan mengikut roster rondaan yang telah ditetapkan.
16.4. Jawatankuasa Skim hendaklah melantik salah seorang Penyelia Pusat Rondaan sebagai Ketua Penyelia Pusat Rondaan.

17. TUGAS PENYELIA PUSAT RONDAAN
17.1. Penyeliaan Pusat Rondaan hendaklah tiba di Pusat Rondaan satu (1) jam lebih awal sebelum syif rondaan bermula.
17.2. Penyelia Pusat Rondaan hendaklah mempastikan semua peralatan termasuk buku catatan bagi kegunaan rondaan telah disediakan oleh Jawatankausa Skim.

18. PERHUBUNGAN DENGAN ORANG RAMAI
18.1. Mempastikan Ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang bertugas di Pusat Rondaan atau yang menjalankan rondaan sentiasa menjaga disiplin, sopan dan santun serta berbudi bahasa dan pekerti yang tinggi mutunya sewaktu berurusan dengan orang ramai.

19. KERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS
19.1. Pihak polis hendaklah dimaklumkan mengenai kewujudan Skim Rondaan Sukarela di Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.
19.2. Satu salinan daftar Pemastautin Sukarelawan yang terlibat dengan Skim Rondaan Sukarela dan roster hendaklah diberikan kepada pihak polis.
19.3. Semua pihak termasuk Jawatankausa Skim, Ahli Jawatankausa Skim dan Pemastautin Sukarelawan hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung dengan sebarang maklumat mengenai Skim Rondaan Sukarela.
19.4. Pihak polis hendaklah juga dijemput untuk bersama-sama meronda bersama Pemastautin Sukarelawan.
19.5. Sebarang kejadian atau laporan yang mencurigakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis sama ada oleh Jawatankuasa Skim Rondaan Ahli Jawatankuasa Skim dan Pemastautin Sukarelawan.

20. MENERIMA ADUAN ORANG RAMAI DI PUSAT RONDAAN
20.1. Apabila menerima aduan daripada orang ramai, tindakan yang perlu diambil oleh ahli Jawatankuasa Skim adalah:
20.1.1. Menerima dan membuat catatan di dalam buku catatan.
20.1.2. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Skim dengan kadar segera.
20.1.3. Menerima arahan daripada Jawatankuasa Skim untuk tindakan selanjutnya.
20.1.4. Merujuk kepada Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya.
20.1.5. Merujuk kepada Pengarah Rukun Tetangga untuk tindan selanjutnya.

21. KERJASAMA DENGAN LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN
21.1. Skim Rondaan Sukarela juga berharap untuk mendapatkan kerjasama dengan lain-lain Agensi Kerajaan seperti RELA, JAKIM, MAJLIS PERBANDARAN, PEJABAT, pejabat daerah serta lain-lain Agensi Penguatkuasaan undang-undang dalam manjayakan Skim ini.
21.2. Sebarang bentuk kerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan boleh dibincangkan bersama dengan Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim di mana Skim Rondaan Sukarela dilaksanakan.

Mesyuarat MPP Zon 7 MBPJ - Pn Cynthia

YB Tony Pua Ahli Parlimen PJ Utara menerangkan perananya di peringkat federal / Parlimen berkenaan "Gated n Guarded Community " dalam mesyuarat MPP Zon 7


Tuan Pengerusi RT SS4A En Kamialin Yahya dan Penolong SU sedang mendengar dengan penuh minat .. kerana isu 'Gated n Guarded Community' bagi komuniti SS4A kita baru sahaja menubuhkan Rukun Tetangga.


Mesyuarat MPP Zon 7 ( Di kemukakan oleh Pengerusi RT & PSU RT SS4A)
RTSS4A hilight kepada mesyuarat
1. Mohon MBPJ mengambil tindakan untuk memastikan di letakkan sign board 'Jangan Membuang Sampah di bekas tapak Pusat Komuniti SS4' kerana telah menjadi tempat pembuangan sampah baru.
2.RT SS4A memaklumkan keperluan Pusat aktiviti RT dan kegiatan masyarakat di SS4A juga di SS4B, mencadangkan bekas tapak Pusat Komuniti SS4A samada dijadikan sebuah Dewan Komuniti untuk keperluan seperti kenduri-kendara, mesyuarat dan tempat operasi RTSS4A.
3. Memaklumkan isu keselamatan dan response 'Gated n Guarded Community' dengan itu SRS akan disegerakan penubuhannya di RTSS4A
4.Membangkitkan isu2 fizikal / permohonan lama spt lampu jalan , sekitar jalan ss4a akan di tar semula ( jangkaan Ogos'2010) dll.
5.SU RTSS4A mencadangkan MPP Zon7 mempunyai sebuah blog sebagai 'alat perhubungan' dalam komuniti Zon7 samada di antara MPP sendiri mahupun RT, RA juga dgn rakyat di zon7, Sdr Hj Abd Rahman Sadikin dari RT SS4A telah di amanahkan untuk setup blog tersebut di persetujui atas nama http://mppzon7.blogspot.com
tq

Sunday, May 9, 2010

Liputan SinarHarian : Tubuh KRT tangani Penjenayah

Liputan Sinar Harian 9mei 2010



Liputan Sinar Online 9mei 2010

<>

Terimakasih kepada lebih 100 Penduduk yang hadir ke Ramah Mesra & Taklimat Penubuhan Rukun Tetangga SS4A

Tuan Imam Masjid Hj Rahmat sedang membacakan doa pembukaan majlis dan mendapat perhatian bukan Islam semua kerana doanya di bacakan secara sepontan dalam bahasa English.. terimakasih Hj Rahmat
Ustaz Ahmad tuan penasihat yang datang awal menyambut hadirian dan tetamu



Bergotong royong menyiapkan minuman dan sedikit jamuan ..




Tn Hj Wahid mantan Nazir Masjid turut hadir bersama Tn Hj Atar di sebelah kanannya ialah Tn Penolong SU Hj Mustafar ..



Puan Timbalan Pengerusi Rajeswary bersama anaknya membantu pendaftaran penduduk yang hadir.. kelihatan di belakang Mr Bendahari Ng Kok Kiang sedang rancak melayan tetamu dan rakan nya yg hadir.


Tuan Pengerusi Kamialian Yahya sedang mengalu-alukan kehadiran penduduk ..


Sesi soaljawab yang di buka oleh En Zamri Nusi dari Pejabat Perpaduan Daerah Petaling, kelihatan Tn Hj Puat Setiausaha Masjid Al-Ehsan baru sahaja mengemukakan soalan..




Bagi pihak jawatankuasa penaja rukun tetangga kami mengucapkan terimakasih kepada kehadiran dan sambutan penduduk di SS4A yang hadir memberi sokongan program ramah mesra dan taklimat penubuhan rukun tetangga ss4a pada Sabtu pagi 8hb Mei 2010.

Program yang dimulakan jam 11 pagi Alhamdulilah berjalan lancar, program yang dipengerusikan oleh Sdr Setiausaha Tn Hj Abd Rahman Sadikin, dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam Hj Rahmat yang turut memberi impak doanya yang spontan dalam bahasa Ingeris .

Sdr SU telah memperkenalkan saff Jawawatankuasa Rukun Tetangga ( Penaja) :
Penasihat : Ustaz Hj Ahmad Abd Aziz
Pengerusi : En Kamialin Yahya
Timbalan Pengerusi : Pn Rajeswary
Setiausaha : Tn Hj Abd Rahman Sadikin
Penolong Setiausaha : Tn Hj Mustafar Kidam
Bendahari : Mr Ng Kok Kiang
AJK : En Abu Bakar Amin (Bendahari masjid al-ehsan), Mr Sundra, En Mohd Nor Zakaria,
Mr Anthony Ng, Pn Yam Abdullah, Pn Maznah Mat Hassan,

Seterusnya Tuan Pengerusi Penaja En Kamialin Yahya memberikan alu-aluan kepada hadirin dari kalangan pelbagai kaum dan sangat mengalu-alukan kehadiran orang lama spt TnHj Wahid mantan Nazir Masjid Al-Ehsan yang memberi sokongan..

Untuk berkongsi pengalaman aktiviti dan peranan rukun tetangga , pihak Jawatankuasa menjemput Pengerusi Rukun Tetangga Ss5D Mr Pala untuk menceritakan pengalaman beliau pahit manis dalam menghidupkan rukun tetangga serta aktiviti yg zone beliau telah , sedang dan akan dijalankan.. dan bersedia membimbing 'rakan rukun tetangga ss4a'

Majlis disempurnakan dengan Taklimat dan Mesyuarat Penubuhan Rukun Tetangga SS4A oleh En Zamri Nusi Pegawai Perpaduan Daerah Petaling bahi Parlimen Subang dan Parlimen Shah Alam.. beliau sangat mengalu-alukan penubuhan Rukun Tetangga SS4A dan berharap akan aktif seperti zone-zone lain.. beliau memembentangkan peranan dan perlaksanaan sesebuah rukun tetangga mengikut garis panduan yang telah diluluskan oleh parlimen..

Bagi memudahkan perjalanan Rukun Tetangga SS4A , En Zamri mengesahkan bahawa Jawatankuasa Rukun Tetangga yang di Pengerusikan Oleh En Kamialin Yahya dan jawatankuasanya disahkan dan mendapat persetujuan penduduk yang hadir untuk meneruskan aktiviti dan peranan sebagai Rukun Tetangga SS4A..
Beliau menambah keahlian penduduk adalah secara automatic setiap penduduk menjadi ahlinya ,perlunya di tambah jawatankuasa kepada 25 orang dan mewakili setiap jalan ( ada 7 jalan di gazetkan Jalan ss4a/3, jalan ss4a/4, Jalan ss4a/5, Jalan ss4a/5a, jalan ss4a/3a, Jalan ss4a/4a dan Jalan ss4a/2 ).
.
Majlis di akhiri dengan ucapan dari Mr SP Guna yang mewakili Ahli Majlis Pn Cynthia yang tidak dapat hadir kerana ada kelas yang tidak dapat dielakan juga mewakili ADUN Damansara Utama YB Dr Chea yang maseh dalam pemerhatian rapi di Sunway Medical Center, beliau menyatakan kesediaanya bekerjasama dalam pelbagai program bersama Rukun Tetangga SS4A juga akan merancang program bersama RT SS4A dan Masjid Al-Ehsan bersama Ahli Majlis dan pejabat DUN bagi menerangkan skim-skim yang rakyat dan penduduk mendapat faedah seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Anak Warisan Selangor dan lain-lain .
.

Majlis diserikan dengan sedikit jamuan yang disediakan bersama oleh kaum ibu .. terimakasih Pn Ros, Hjh Yam, Kak Mon dan Pn Maznah serta semua...petugas sukerela
Tidak ketinggalan anak remaja kita yang turut membantu persiapan fizikal..

Kehadiran dianggarkan 100 orang di mana mengikut unit pendaftaran yang diktuai oleh Timbalan Pengerusi Pn. Rajeswary yang hadir mendaftar dalam 60 orang, yang hadir tidak berkesempatan mendaftar 20 orang dan anggaran tetamu luar dan dari rakan-rakan rukun tetangga ss5d dan ss4c dianggarkan dalam 20 orang..







Sunday, April 18, 2010

Sharing Communitty With RT SS5D

Dari Kiri Mr Ng (Bendahari), Hj Mustafar ( Penolong SU), En Kamialin (Pengerusi Penaja), Hj Mohd Nor Zakaria (AJK), Mr Ng Cho Ke(AJK), Mr Sundra (AJK), Mr Bala (Pengerusi KRT SS5D) and Ms Rajeswary ( Timbalan Pengerusi Penaja ) pada 7hb April 2010 yang lalui

7 April 2010 - Sesi takimat pengenalan Rukun Tetangga oleh Mr Bala pengerusi KRT SS5D kepada Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga SS4A.

Monday, April 12, 2010

Pusat Komuniti SS4 - Penempatan Haram milik PKNS sedang dirobohkan






Antara keadaan Pusat Komuniti SS4A yang di salahgunakan setelah di robohkan oleh tuan tanahnya PKNS.










Berita baru di terima - jam 9.30pagi tadi ( Selasa 13 April 2010 ) - Penempatan haram yg juga menempatkan Pejabat sebuah parti dan Pusat Komuniti sedang di robohkan berada di Jalan SS 4A/3.

Pengesahan dari Pejabat ADUN Damansara Utama, pihak owner tapak iaitu PKNS telah mendapat mandat daripada MBPJ untuk operasi pagi ini.

- Laporan dari Sdr hj Mustafar Kamal dan En Kamialin Yahya yang maseh berada di sana

Monday, April 5, 2010

Peta Kejiranan SS4A

Jalan & Lorong Yang di cadangkan untuk di gazetkan Kawasan Rukun Tetangga S4A
01. Jalan SS 4A/3
02. Jalan SS4A/4
03. Jalan SS4A/5
04. Jalan SS4A/3A
05. Jalan SS4A/5A
07. Lorong SS4A/4A
06. Jalan SS4A/2

PERKARA : JEMPUTAN KE TAKLIMAT PENGENALAN RUKUN TETANGGA & SKIM RONDAAN ( KAWALAN KESELAMATAN )

Markas Rukun Tetangga SS5D di Jalan SS 5D/6


Merujuk kepada perkara di atas, sebagaimana di putuskan dalam mesyuarat penaja pada 3 April 2010 tuan/puan dijemput ke satu taklimat Rukun Tetangga dan Pengenalan Skim Rondaan di atas :-
Tarikh : 7 APRIL 2010
Masa : 8.00pm – 10.30pm Rabu Malam Khamis
Tempat : Markaz Rukun Tetangga SS5D, Jalan SS 5D/6, Kelana Jaya
Agenda : 1. Alu-aluan Pengerusi Penaja Rukun Tetangga SS4A
2. Pengenalan Kepada Rukun Tetangga – Pengalaman Rukun Tetangga SS5D
3. Skim Rondaan ( Kawalan Keselamatan )- Tugasan, Kelebihan dan Keperluan
4. Soaljawab & Tindakan Seterusnya
Sekian. Terimakasih.
Yang Benar
t.t
Abd Rahman Sadikin
( Setiausaha Penaja Skim Rukun Tetangga SS4A )

Saturday, April 3, 2010

Rukun Tetangga SS4A - rakan kejiranan anda..

Resolusi Mesyuarat Untuk Menubuhkan Skim Rukun Tetangga SS4A



Antara yang hadir , lebih dari 5 orang menyatakan persetujuan tetapi berhalangan

Antara yang hadir dari kiri Mr Sundra, Pn Rajeswary, Mr Ng, En Abu Bakar, Hj Mustafar,En Kamialin dan membelakangkan kamera Ustaz Hj Ahmad pengerusi majlis serta yang mengambil gambar..



Kepada rakan-rakan dan penduduk di SS4A,


Mesyuarat yang di iniasitifkan oleh Jawatankuasa Bertindak Kejiranan Dan Komuniti SS4A yang di pengerusikan oleh Ustaz Ahmad, timbalan En Kamialin, setiausaha Abd Rahman dan Bendahari Hj Mustafar Kamal Kidam malam tadi Sabtu 3 April 2010 yang di adakan di rumah pengerusi telah mendapat persetujuan untuk menubuhkan Skim Rukun Tetangga SS4A .


Mesyuarat yang dihadiri 12 orang wakil penduduk lebih daripada 10 orang penduduk SS4A menyatakan sokongan termasuk Tuan Hj Ghafur Nazir Masjid Al-Ehsan, mesyuarat telah memutuskan untuk membentuk Protem Committe Rukun Tetangga SS4A seperti berikut:-

Penasihat : Ustaz Hj Ahmad Abd Aziz ( SS4A/3A)

Pengerusi : En Kamialin Yahya ( SS4A/4)
Timbalan Pengerusi : Puan Rajeswary ( SS4A/5)
Setiausaha : Abd Rahman Sadikin ( SS4A/4)
Bendahari : En Ng Kok Kiang ( SS4A/3A)

Ahli Jawatankuasa
01. Hj Mustafar Kamal Kidam ( SS4A/5)
02. En Abu Bakar Mohd Amin ( SS4A/5A)
03. En Sundra Gandiy ( SS4A/3)
04. Puan Hajah Yam Abdullah ( SS4A/3A)
05.Puan Aishah Abdullah ( SS 4A/3 )
06. Puan Maznah Hassan ( SS4A/4)
07. Puan Wan Munah Wan Nik ( SS4A/3A)

Mesyuarat bersetuju akan melantik ajk tambahan dan mengenalpasti wakil Jalan selepas daripada ini, kerana ramai yang menyatakan persetujuan untuk hadir tetapi ada halangan yang tak dapat di elakkan.


Mesyuarat juga bersetuju mengenalpasti Jalan-jalan berikut sebagai cadangan untuk digazetkan sebagai kawasan rukun tetangga, iaitu :-
01. Jalan SS 4A/3
02. Jalan SS4A/4
03. Jalan SS4A/5
04. Jalan SS4A/3A
05. Jalan SS4A/5A
06. Jalan SS4A/2
07. Lorong SS4A/4A

Pusat operasi sementara adalah di rumah pengerusi En Kamialin di no. 7 ,Jalan SS4A/4 , permohonan akan dibuat untuk mengadakan mesyuarat di Pusat Komuniti, sementara JBKK SS4A mendapatkan maklumat tentang status Pusat Komuniti SS4

Program terdekat ,AJK akan mendapatkan perkongsian ilmu tentang Skim Rondaan dan pengenalan kepada Rukun Tetangga SS5D, bertempat di Markaz Rukun Tetangga SS5D pada 7 April jam 8malam.


Setiausaha